Tuesday, 17 May 2016

SULTAN MAHMUD SHAH II (SULTAN JOHOR KE 10)

 Sultan Mahmud Shah II (Sultan Johor Ke 10)

Sultan Mahmud Shah II (nama asalnya ialah Raja Mahmud) ialah Sultan Johor Ke-10.Baginda ditabalkan ketika berumur 10 tahun.Sultan Mahmud diputerakan pada tahun 1675.Baginda merupakan keturunan Raja Fatimah cucu kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II iaitu raja pertama yang membuka Johor Lama pada tahun 1530.Megat Seri Rama (bergelar Laksamana Bentan) yang balik dari medan peperangan dari Linggi atas perintah sultan itu telah dikhabar kematian tragis isteri kesayangannya.


Mengikut kitab hikayat Tuhfat al-Nafis : 
Pada suatu hari, isteri Laksamana Bentan yang sedang mengandung Dang Anum telah bertemu dengan penghulu kebun Sultan yang sedang membawa nangka untuk dipersembahkan kepada Sultan. Dang Anum kemudian telah meminta seulas nangka kerana dia mengidam.Penghulu kemudiannya memotong seulas lalu diberikan kepada Dang Anum. Ketika Sultan Mahmud Shah hendak bersantap tengah hari, baginda menyedari bahawa nangka yang hendak disantapnya telah diusik orang.Sultan Mahmud amat murka kerana dihidangkan dengan sisa orang dan memerintahkan Dang Anum ditangkap dan dibelah perutnya menyebabkan kematian isteri Laksamana Bentan.Beberapa hari kemudian,Laksamana Bentan telah kembali ke Kota Tinggi dengan membawa kejayaan cemerlang bagi angkatan tentera Johor.

Selepas Sultan memberi anugerah kepada Laksamana, Megat Seri Rama pulang ke rumahnya dan mendapat khabar buruk daripada Tun Aman yang mengatakan bahawa isterinya telah mati. Laksamana merasa marah,kecewa dan menangis apabila mengetahui isterinya telah mati.Megat Seri Rama telah berazam untuk membalas dendam kepada sultan kerana baginda yang memerintahkan supaya isteri kesayangannya dibunuh.Pada suatu hari Jumaat,Sultan Mahmud Shah bersama pembesar telah berangkat ke masjid untuk bersembahyang.Sultan telah ditandu oleh pengawal-pengawal istana.Ketika azan pertama berkumandang di udara, Sultan Mahmud terkejut melihat Laksamana berdiri dan menghalang laluan baginda.Laksamana berkata "RAJA ADIL RAJA DISEMBAH!! RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH!!Sepantas kilat,Laksamana terus menikam Sultan dengan kejamnya.Suasana di perkarangan masjid gempar apabila darah Sultan yang berdaulat telah mengalir ke tanah.Semua jemaah terpaku.Sultan bertahan & bertarung dengan Laksamana Bentan.Laksamana Bentan berjaya ditikam oleh Sultan & Laksamana mati ditempat kejadian.Sultan terus bertitah "Tujuh keturunan laksamana tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi".Beberapa minit kemudian, baginda telah menghembuskan nafas yang terakhir dan diberi dikenali  SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG.

No comments:

Post a Comment