Friday 20 May 2016

Dato' Seri DiRaja Nur Sahar Bin Osman



DATO' SERI DIRAJA NUR SAHAR BIN OSMAN
Setiausaha Sulit Khas DiRaja Luar Negara
Negeri Siak Seri Indrapura

SALASILAH DARAH DIRAJA SULTAN MELAKA 1400-2016

DATO' SERI DIRAJA NUR SAHAR BIN OSMAN

SETIAUSAHA SULIT KHAS DIRAJA,
PERKUMPULAN MAJELIS KETURUNAN KESULTANAN SIAK SRI INDRAPURA,NUSANTARA.

SETIAUSAHA SULIT KHAS LUAR NEGARA,
SULTAN SIAK SRI INDRAPURA XIV.

SETIAUSAHA AGONG,
WORLD ISLAMIC DEVELOPMENT ORGANIZATION.


Hasil kajian Dato' Seri DiRaja Nur Sahar Bin Osman menyatakan waris darah DiRaja Sultan Melaka masih wujud sehingga kini dan salasilahnya ditulis untuk pengetahuan semua.

Penulisan ini menyatakan ada kebenaran yang belum dirungkai untuk pengetahuan dunia.Segala perkara dirujuk sebagai milik Allah Yang Maha Berkuasa.



TAHUN PEMERINTAHAN DAN KERAJAAN

CARTA TAHUN PEMERINTAHAN



NAMA SULTAN DAN PEMERINTAHANNYA


NAMA SULTAN
TAHUN PEMERINTAHAN
NEGERI
PARAMESWARA
(RAJA ISKANDAR SHAH)
1400-1414
MELAKA
MEGAT ISKANDAR SHAH
1414-1424
MELAKA
SULTAN MUHAMMAD SHAH
1424-1444
MELAKA
SULTAN ABU SYAHID
1444-1446
MELAKA
SULTAN MUZAFFAR SHAH
1446-1456
MELAKA
SULTAN MANSUR SHAH
1454-1477
MELAKA
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH
1477-1488
MELAKA
SULTAN MAHMUD SHAH
1488-1511
MELAKA
SULTAN MAHMUD SHAH I
1511-1528
JOHOR
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH II
(RAJA ALI/RAJA ALAUDDIN)
1528-1564
JOHOR
SULTAN MUZAFFAR SHAH II
(RAJA MUZAFAR/RADIN BAHAR)
1564-1579
JOHOR
SULTAN ABDUL JALIL SHAH I
(RAJA ABDUL JALIL)
1579-1580
JOHOR
SULTAN ALI JALLA ABDUL JALIL SHAH II
(RAJA UMAR)
1580-1597
JOHOR
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH III
(RAJA MANSUR)
1597-1615
JOHOR
SULTAN ABDULLAH MA’AYAT SHAH
(RAJA MANSUR)
1615-1623
JOHOR
SULTAN ABDUL JALIL SHAH III
(RAJA BUJANG)
1623-1677
JOHOR
SULTAN IBRAHIM SHAH
(RAJA IBRAHIM/PUTERA RAJA BAJAU)
1677-1685
JOHOR
SULTAN MAHMUD SHAH II
(RAJA MAHMUD)
1685-1699
JOHOR
SULTAN ABDUL JALIL IV
(BENDAHARA PADUKA RAJA TUN ABDUL JALIL)
1699-1720
JOHOR
SULTAN MAHMUD SHAH II
(RAJA MAHMUD)
1699-1718
TIADA KERAJAAN.ANAK SULTAN MAHMUD SHAH II IAITU
SULTAN ABDUL JALIL RAHMAT SHAH–MENYERANG SEMULA JOHOR PADA 1718.
SULTAN ABDUL JALIL RAHMAT SHAH
(RAJA KECIL/YANG DIPERTUAN JOHOR)
1718-1722
JOHOR
SULTAN ABDUL JALIL RAHMAT SHAH
(RAJA KECIL/YANG DIPERTUAN JOHOR)
1722-1723
TIADA KERAJAAN
SULTAN ABDUL JALIL RAHMAD SYAH
1723-1746
SIAK SRI INDRAPURA
SULTAN ABDUL JALIL RAKHMAD SYAH
1746-1765
SIAK SRI INDRAPURA
SULTAN ABDUL JALIL JALALUDDIN SYAH
1765-1766
SIAK SRI INDRAPURA
SULTAN ABDUL JALIL ALAMUDDIN SYAH
1766-1780
SIAK SRI INDRAPURA
SULTAN MUHAMMAD ALI ABDUL JALIL MUAZZAM SYAH
1780-1782
SIAK SRI INDRAPURA
SULTAN YAHYA ABDUL JALIL MUZAFFAR SYAH
1782-1784
SIAK SRI INDRAPURA
SULTAN ASSAIDIS ASYARIF ALI ABDUL JALIL SYAIFUDDIN BAALAWI
1784-1810
SIAK SRI INDRAPURA
SULTAN ASYAIDIS SYARIF IBRAHIM ABDUL JALIL KHALILUDDIN
1810-1815
SIAK SRI INDRAPURA
SULTAN ASSYAIDIS SYARIF ISMAIL ABDUL JALIL JALALUDDIN
1815-1854
SIAK SRI INDRAPURA
SULTAN ASSYAIDIS SYARIF KASYIM ABDUL JALIL SYAIFUDDIN
1864-1889
SIAK SRI INDRAPURA
SULTAN ASSYAIDIS SYARIF KASYIM ABDUL JALIL SYAIFUDDIN
(SYARIF KASYIM I)

*ANAK-ANAK LELAKI SULTAN SYARIF KASYIM

  •  TENGKU MUDA (SAYID HASSAN)
  • TENGKU BAGUS (SAYID TOHA)
  • TENGKU SULUNG MUDA (SAYID ALWI)
  • TENGKU NGAH (SAYID HASIM)


*DENGAN ISTERI
PERMAISURI TENGKU IPAH BINTI TENGKU ENDUT
  • TENGKU MUDA (SAYID HASAN)
  • TENGKU BAGUS (SAYID TOHA)
  •  TENGKU PUTERI ANUM (SYARIFAH SYIFAK)
  •  TENGKU ERANG (SYARIFAH FADLUN)
  • TENGKU LUNG ANUM (SYARIFAH ZUBAIDAH)
  • TENGKU GOMBEH (SYARIFAH ZAHARA)
  • TENGKU MAHBUNGSU (SYARIFAH MARYAM)
  • TENGKU MAS INTAN (SYARIFAH SAIDAH)


*DENGAN ISTERI TENGKU DALAM

  •  TENGKU SULUNG MUDA (SAYID ALWI)
  • TENGKU NGAH(SAYID HASYIM)


1889-2016
SIAK SRI INDRAPURA

















SEMUA PERKARA SALASILAH DIRAJA INI AKAN DIHURAIKAN KEMUDIAN.
SULTAN ASSYAIDIS SYARIF HASYIM ABDUL JALIL SYAIFUDDIN
1989-1908
SIAK SRI INDRAPURA
SULTAN ASSYAIDIS SYARIF KASYIM ABDUL JALIL SYAIFUDDIN (SYARIF KASYIM II)
-PEMANGKU SULTAN
1908-1915
SIAK SRI INDRAPURA
SULTAN ASSYAIDIS SYARIF KASYIM ABDUL JALIL SYAIFUDDIN (SYARIF KASYIM II)
1915-1949
SIAK SRI INRAPURA

SULTAN ISKANDAR SHAH (SULTAN MELAKA 1)

SULTAN ISKANDAR SHAH (SULTAN MELAKA 1)


Diasaskan oleh Parameswara seorang anak Raja Temasek yang melarikan diri ke Melaka bersama pengikutnya setelah diserang oleh pihak Siam.Semasa berada di Muara Sungai Melaka,Parameswara lihat seekor anjing buruannya ditendang oleh seekor pelanduk.Ini melambangkan kecerdikan akal dan bertuahnya bumi yang dipijak ini.Kejadian berlaku semasa Parameswara berteduh di bawah sepohon pokok yang bernama Pokok Melaka.

Parameswara telah mengumpul semua pengikut dan penduduk kampung yang berdekatan dengan membuat pengumuman penubuhan "NEGERI MELAKA" dan telah mengistiharkan dirinya sebagai Sultan Melaka yang pertama pada tahun 1400.

Usaha pembangunan Melaka dirancang sebaik mungkin oleh Parameswara.Pada tahun 1409 Parameswara telah memeluk islam dan menggunakan gelaran Sultan Iskandar Shah setelah menerima nasihat dan pandangan dari Ulama dari negara Arab.Keislaman Baginda disambut baik oleh rakyat Melaka dan Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi di negeri Melaka.

Sultan Iskandar Shah diikhtiraf oleh Maharaja Cina dan rombongan Maharaja Ming Yung Lou telah membuat kunjungan hormat yang pertama pada tahun 1411.

Sultan Iskandar Shah telah mangkat pada tahun 1414 dan pemerintahannya telah diganti oleh puteranya.

SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH (SULTAN MELAKA KE 7)

SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH (SULTAN MELAKA KE 7)

VERSI 1

Sultan Alauddin Riayat Shah adalah Sultan Melaka Yang ke-7,memerintah dari tahun 1477 hingg 1488.Sultan Alauddin Riayat Shah memerintah kerajaan Melaka selama kira-kira 11 tahun.Baginda merupakan Sultan yang bijaksana dan tidak terlalu bergantung kepada Bendahara Tun Perak di dalam mentadbir negeri.Baginda sebagai raja yang bertanggungjawab dan adil.Baginda sendiri bertindak mengamankan negeri Melaka dan jajahannya.Pentadbiran keselamatan dalam negeri berjalan dengan teratur dan lengkap dengan balai-balai pengawalnya.Adalah dipercayai Kampung Pagoh di Johor sudah ada pada zaman kerajaan Melaka dan sebuah istana telah didirikan di kawasan ini,kerana pada masa kerja membina masjid dijalankan,beberapa kepingan tembikar zaman Ming (Zaman Raja Cina T.M 1368-1644) telah dijumpai di sini.Tambahan pula,Sultan Ahmad Putera Sultan Mahmud telah berundur dan bertahan di Pagoh selepas Melaka dikalahkan oleh Portugis. 

Semasa hayatnya baginda sering berehat di Kampung Raja.Kemangkatan baginda menimbulkan syak di mana ianya dikatakan daripada perbuatan khianat.Apabila baginda mangkat,jenazahnya telah disemadikan di Kampung Raja.Pemaisuri baginda juga dimakamkan bersebelahan dengan makam baginda.Batu nisan kedua-dua makam ini ditempah khas dari Acheh dalam bentuk yang menarik beserta ukiran khat kalimah Al-Quran.Ukiran pada batu nisan membuktikan bahawa ianya adalah makam Sultan Alauddin dimana ia ditulis di dalam Bahasa Arab yang bermaksud:

"Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,Inilah kubur yang cemerlang,Al-Marhum Sultan yang suci.Sultan Alauddin Ibni Sultan Mansur Shah,
Sultan Muzaffar Shah rahmat dan kesejahteraan Allah barang terlimpah ke atas rohmu wahai wali Allah yang terpilih"


Kemangkatan Sultan Alauddin Riayat Shah bolehlah disifatkan sebagai bermulanya kelumpuhan dan perpecahan perpaduan di kalangan sesetengah daripada pembesar-pembesar Melaka hingga Portugis menyerang dalam tahun 1511,Melaka dapat ditewaskan dengan mudah.


VERSI 2

Sultan Alauddin Riayat Shah I telah memerintah Melaka selama 11 tahun.Baginda dikenali seorang Sultan yang beriman dan berjiwa rakyat.Semasa pemerintahannya, Baginda memiliki sebuah Istana Hinggap di Kg.Raja,Pagoh.Baginda telah meluangkan masa di Istana Hinggap untuk berfikir dan beribadat.Baginda telah membina sebuah masjid bersebelahan Istana Hinggap di Kg.Raja,Pagoh ini.

Semasa pemerintahan Baginda,institusi pemerintahan mula bergolak.Perebutan tahta mula terjadi dikalangan pembesar istana.Pembesar-pembesar istana cuba mempengaruhi baginda untuk jawatan dan kemuliaan dari istana.Baginda bersifat tidak memihak dan tidak boleh dipengaruhi.Jawatan 4 orang pembesar iaitu Bendahara,Penghulu Bendahara,Temenggong dan Laksamana mula diintai oleh pihak ketiga.

Baginda memberi sepenuh kepercayaan kepada Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah,Temenggong dan Penghulu Bendahara yang dilantik baginda.Campur tangan pihak ketiga mula menular ke golongan bangsawan.Raja tidak boleh dipengaruhi,4 pembesar utama tidak boleh dipengaruhi,tetapi golongan bangsawan dan putera-putera Raja boleh dipengaruhi.Rancangan Sulit diatur pengkhianat iaitu Si Kitol untuk menjadi Bendahara bagi menggantikan Bendahara Tun Perak.Fitnah berleluasa tentang Bendahara tetapi tidak berjaya mempengaruhi oleh Raja.

RANCANGAN SULIT DIATUR OLEH SI KITOL

  1. Fitnah kepada Bendahara.
  2. Rancangan Jawatan Istana kepada pembesar setelah "Si Kitol Berkuasa".
  3. Melucutkan jawatan Laksamana Hang Tuah dan digantikan rakan karibnya,seoarang pembesar.
  4. Golongan bangsawan diarah mempengaruhi putera Raja Pertama iaitu Putera Mahmud.
  5. Rancangan untuk membunuh Sultan Alauddin Riayat Shah I secara rahsia.
Rancangan sulit terakhir dilakukan.Pembunuhan Sultan Alauddin Riayat Shah I melalui racun makanan.Mereka-mereka berkomplot membunuh Sultan Alauddin Riayat Shah I dan menggantikan dengan Putera Mahmud.Terbunuhnya Sultan Alauddin Riayat Shah I,Bendahara Si Kitol mula berkuasa.Putera dilantik menjadi Raja,manakala 4 jawatan pembesar utama diganti baru.Mereka yang setia kepada Raja dibuang negeri.

Tuesday 17 May 2016

SULTAN MAHMUD SHAH II (SULTAN JOHOR KE 10)

 Sultan Mahmud Shah II (Sultan Johor Ke 10)

Sultan Mahmud Shah II (nama asalnya ialah Raja Mahmud) ialah Sultan Johor Ke-10.Baginda ditabalkan ketika berumur 10 tahun.Sultan Mahmud diputerakan pada tahun 1675.Baginda merupakan keturunan Raja Fatimah cucu kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II iaitu raja pertama yang membuka Johor Lama pada tahun 1530.Megat Seri Rama (bergelar Laksamana Bentan) yang balik dari medan peperangan dari Linggi atas perintah sultan itu telah dikhabar kematian tragis isteri kesayangannya.


Mengikut kitab hikayat Tuhfat al-Nafis : 
Pada suatu hari, isteri Laksamana Bentan yang sedang mengandung Dang Anum telah bertemu dengan penghulu kebun Sultan yang sedang membawa nangka untuk dipersembahkan kepada Sultan. Dang Anum kemudian telah meminta seulas nangka kerana dia mengidam.Penghulu kemudiannya memotong seulas lalu diberikan kepada Dang Anum. Ketika Sultan Mahmud Shah hendak bersantap tengah hari, baginda menyedari bahawa nangka yang hendak disantapnya telah diusik orang.Sultan Mahmud amat murka kerana dihidangkan dengan sisa orang dan memerintahkan Dang Anum ditangkap dan dibelah perutnya menyebabkan kematian isteri Laksamana Bentan.Beberapa hari kemudian,Laksamana Bentan telah kembali ke Kota Tinggi dengan membawa kejayaan cemerlang bagi angkatan tentera Johor.

Selepas Sultan memberi anugerah kepada Laksamana, Megat Seri Rama pulang ke rumahnya dan mendapat khabar buruk daripada Tun Aman yang mengatakan bahawa isterinya telah mati. Laksamana merasa marah,kecewa dan menangis apabila mengetahui isterinya telah mati.Megat Seri Rama telah berazam untuk membalas dendam kepada sultan kerana baginda yang memerintahkan supaya isteri kesayangannya dibunuh.Pada suatu hari Jumaat,Sultan Mahmud Shah bersama pembesar telah berangkat ke masjid untuk bersembahyang.Sultan telah ditandu oleh pengawal-pengawal istana.Ketika azan pertama berkumandang di udara, Sultan Mahmud terkejut melihat Laksamana berdiri dan menghalang laluan baginda.Laksamana berkata "RAJA ADIL RAJA DISEMBAH!! RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH!!Sepantas kilat,Laksamana terus menikam Sultan dengan kejamnya.Suasana di perkarangan masjid gempar apabila darah Sultan yang berdaulat telah mengalir ke tanah.Semua jemaah terpaku.Sultan bertahan & bertarung dengan Laksamana Bentan.Laksamana Bentan berjaya ditikam oleh Sultan & Laksamana mati ditempat kejadian.Sultan terus bertitah "Tujuh keturunan laksamana tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi".Beberapa minit kemudian, baginda telah menghembuskan nafas yang terakhir dan diberi dikenali  SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG.

SULTAN ABDUL JALIL RAHMAT SHAH (RAJA KECIL)

Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Sultan Johor Ke 12)

Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah atau dikenali sebagai Raja Kecil (Sultan Johor Ke-12).Baginda merupakan putera Sultan Mahmud Shah,Marhum Mangkat Di Julang dan ibundanya bernama Cik Pung Puteri Datuk Laksamana Johor.Semasa mangkatnya Sultan Mahmud Shah, pembesar istana telah membawa lari anak lelaki baginda ke Pagar Ruyung untuk dibesarkan. Pada usia remaja,Raja Kecil telah merantau dari satu negeri ke satu negeri untuk mencari ilmu.Pulangnya dari merantau orang tua baginda telah menyatakan cadangan agar baginda (Raja Kecil) pergi ke Siak untuk menuntut bela kematian ayandanya Sultan Mahmud Shah II dan menakluki Johor.Untuk melaksanakan rancangannya,baginda telah meminta bantuan daripada orang Minangkabau diperantauan,Suku Melayu dipesisiran Selat Melaka dan Suku Laut di Pulau-pulau serta mengadakan hubungan dengan orang Potugis supaya mereka tidak berpihak kemana-mana.Raja Kecil telah menyusuri Sungai Johor dan menyerang Panchor.

Semasa keadaan huru hara Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (Datuk Bendahara) serta anak isteri telah meninggalkan Panchor dan telah mendarat di Johor Lama.Akhirnya,Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV menyerah kalah dan telah menyerahkan Kerajaan Johor kepada Raja Kecil.Raja Kecil telah dinobatkan sebagai Sultan Johor ke-12 dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.Setelah baginda memegang tampuk pemerintahan,terjadi sengketa dengan putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV,Tengku Tengah dan Tengku Sulaiman hal ini disebabkan timbul sakit hati dan dendam terhadap Raja Kecil sehingga Tengku Sulaiman meminta bantuan dari Opu-opu Bugis Lima Bersaudara untuk menghalau dan merebut kembali tahta Kerajaan Johor.


Disamping itu,terjadi perpecahan didalam Kerajaan Johor sehingga Kerajaan Johor mempunyai dua raja iaitu Raja Kecil dan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV.Keadaan Johor tidak aman lagi dan Raja Kecil telah mengambil keputusan untuk berpindah ke Riau bersama pengikut setianya,manakala pula,Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV bersama keluarga telah berundur ke Pahang. Raja Kecil telah mentadbir Kerajaan Johor dari Riau,sementara Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV dan telah mendirikan sebuah Kerajaan Johor Riau di Pahang.Hal ini menyebabkan Raja Kecil mengutuskan Laksamana Nakhoda Sekam ke Pahang untuk menghancurkan kerajaan yang didirikan oleh Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV dan  membunuh Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV serta anak-anaknya telah ditawan dan dibawa ke Riau.Tengku Tengah dan Tengku Sulaiman telah berpakat dengan Opu-opu Bugis Lima Bersaudara dan telah berjaya mengalahkan Raja Kecil.Raja Kecil dan pengikut setianya telah berundur ke Pulau Sumatera,Baginda telah memilih persisiran Sungai Jantan(Sungai Siak) dan dijadikan tempat pertahanan dan membentuk sebuah Kerajaan Baru yang bernama Kerajaan Siak.

SALASILAH DARAH DIRAJA SULTAN ASSYAIDIS SYARIF KASYIM ABDUL JALIL SYAIFUDDIN

SALASILAH DARAH DIRAJA SULTAN ASSYAIDIS SYARIF KASYIM ABDUL JALIL SYAIFUDDIN (SULTAN SIAK SRI INDRAPURA KE 10)