Tuesday, 17 May 2016

SULTAN ABDUL JALIL RAHMAT SHAH (RAJA KECIL)

Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Sultan Johor Ke 12)

Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah atau dikenali sebagai Raja Kecil (Sultan Johor Ke-12).Baginda merupakan putera Sultan Mahmud Shah,Marhum Mangkat Di Julang dan ibundanya bernama Cik Pung Puteri Datuk Laksamana Johor.Semasa mangkatnya Sultan Mahmud Shah, pembesar istana telah membawa lari anak lelaki baginda ke Pagar Ruyung untuk dibesarkan. Pada usia remaja,Raja Kecil telah merantau dari satu negeri ke satu negeri untuk mencari ilmu.Pulangnya dari merantau orang tua baginda telah menyatakan cadangan agar baginda (Raja Kecil) pergi ke Siak untuk menuntut bela kematian ayandanya Sultan Mahmud Shah II dan menakluki Johor.Untuk melaksanakan rancangannya,baginda telah meminta bantuan daripada orang Minangkabau diperantauan,Suku Melayu dipesisiran Selat Melaka dan Suku Laut di Pulau-pulau serta mengadakan hubungan dengan orang Potugis supaya mereka tidak berpihak kemana-mana.Raja Kecil telah menyusuri Sungai Johor dan menyerang Panchor.

Semasa keadaan huru hara Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (Datuk Bendahara) serta anak isteri telah meninggalkan Panchor dan telah mendarat di Johor Lama.Akhirnya,Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV menyerah kalah dan telah menyerahkan Kerajaan Johor kepada Raja Kecil.Raja Kecil telah dinobatkan sebagai Sultan Johor ke-12 dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.Setelah baginda memegang tampuk pemerintahan,terjadi sengketa dengan putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV,Tengku Tengah dan Tengku Sulaiman hal ini disebabkan timbul sakit hati dan dendam terhadap Raja Kecil sehingga Tengku Sulaiman meminta bantuan dari Opu-opu Bugis Lima Bersaudara untuk menghalau dan merebut kembali tahta Kerajaan Johor.


Disamping itu,terjadi perpecahan didalam Kerajaan Johor sehingga Kerajaan Johor mempunyai dua raja iaitu Raja Kecil dan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV.Keadaan Johor tidak aman lagi dan Raja Kecil telah mengambil keputusan untuk berpindah ke Riau bersama pengikut setianya,manakala pula,Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV bersama keluarga telah berundur ke Pahang. Raja Kecil telah mentadbir Kerajaan Johor dari Riau,sementara Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV dan telah mendirikan sebuah Kerajaan Johor Riau di Pahang.Hal ini menyebabkan Raja Kecil mengutuskan Laksamana Nakhoda Sekam ke Pahang untuk menghancurkan kerajaan yang didirikan oleh Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV dan  membunuh Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV serta anak-anaknya telah ditawan dan dibawa ke Riau.Tengku Tengah dan Tengku Sulaiman telah berpakat dengan Opu-opu Bugis Lima Bersaudara dan telah berjaya mengalahkan Raja Kecil.Raja Kecil dan pengikut setianya telah berundur ke Pulau Sumatera,Baginda telah memilih persisiran Sungai Jantan(Sungai Siak) dan dijadikan tempat pertahanan dan membentuk sebuah Kerajaan Baru yang bernama Kerajaan Siak.

No comments:

Post a Comment