Friday, 20 May 2016

SULTAN ISKANDAR SHAH (SULTAN MELAKA 1)

SULTAN ISKANDAR SHAH (SULTAN MELAKA 1)


Diasaskan oleh Parameswara seorang anak Raja Temasek yang melarikan diri ke Melaka bersama pengikutnya setelah diserang oleh pihak Siam.Semasa berada di Muara Sungai Melaka,Parameswara lihat seekor anjing buruannya ditendang oleh seekor pelanduk.Ini melambangkan kecerdikan akal dan bertuahnya bumi yang dipijak ini.Kejadian berlaku semasa Parameswara berteduh di bawah sepohon pokok yang bernama Pokok Melaka.

Parameswara telah mengumpul semua pengikut dan penduduk kampung yang berdekatan dengan membuat pengumuman penubuhan "NEGERI MELAKA" dan telah mengistiharkan dirinya sebagai Sultan Melaka yang pertama pada tahun 1400.

Usaha pembangunan Melaka dirancang sebaik mungkin oleh Parameswara.Pada tahun 1409 Parameswara telah memeluk islam dan menggunakan gelaran Sultan Iskandar Shah setelah menerima nasihat dan pandangan dari Ulama dari negara Arab.Keislaman Baginda disambut baik oleh rakyat Melaka dan Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi di negeri Melaka.

Sultan Iskandar Shah diikhtiraf oleh Maharaja Cina dan rombongan Maharaja Ming Yung Lou telah membuat kunjungan hormat yang pertama pada tahun 1411.

Sultan Iskandar Shah telah mangkat pada tahun 1414 dan pemerintahannya telah diganti oleh puteranya.

No comments:

Post a Comment