SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH (SULTAN MELAKA KE 7)
VERSI 1
VERSI 1
Sultan Alauddin Riayat Shah adalah Sultan Melaka Yang
ke-7,memerintah dari tahun 1477 hingg 1488.Sultan Alauddin Riayat Shah
memerintah kerajaan Melaka selama kira-kira 11 tahun.Baginda merupakan Sultan
yang bijaksana dan tidak terlalu bergantung kepada Bendahara Tun Perak di dalam
mentadbir negeri.Baginda sebagai raja yang bertanggungjawab dan adil.Baginda
sendiri bertindak mengamankan negeri Melaka dan jajahannya.Pentadbiran
keselamatan dalam negeri berjalan dengan teratur dan lengkap dengan balai-balai
pengawalnya.Adalah dipercayai Kampung Pagoh di Johor sudah ada pada zaman kerajaan
Melaka dan sebuah istana telah didirikan di kawasan ini,kerana pada masa kerja
membina masjid dijalankan,beberapa kepingan tembikar zaman Ming (Zaman Raja Cina
T.M 1368-1644) telah dijumpai di sini.Tambahan pula,Sultan Ahmad Putera Sultan
Mahmud telah berundur dan bertahan di Pagoh selepas Melaka dikalahkan oleh
Portugis.
Semasa hayatnya baginda sering berehat di Kampung
Raja.Kemangkatan baginda menimbulkan syak di mana ianya dikatakan daripada
perbuatan khianat.Apabila baginda mangkat,jenazahnya telah disemadikan di
Kampung Raja.Pemaisuri baginda juga dimakamkan bersebelahan dengan makam
baginda.Batu nisan kedua-dua makam ini ditempah khas dari Acheh dalam bentuk
yang menarik beserta ukiran khat kalimah Al-Quran.Ukiran pada batu nisan
membuktikan bahawa ianya adalah makam Sultan Alauddin dimana ia ditulis di
dalam Bahasa Arab yang bermaksud:
"Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,Inilah kubur
yang cemerlang,Al-Marhum Sultan yang suci.Sultan Alauddin Ibni Sultan Mansur
Shah,
Sultan Muzaffar Shah rahmat dan kesejahteraan Allah barang
terlimpah ke atas rohmu wahai wali Allah yang terpilih"
Kemangkatan Sultan Alauddin Riayat Shah bolehlah disifatkan
sebagai bermulanya kelumpuhan dan perpecahan perpaduan di kalangan sesetengah
daripada pembesar-pembesar Melaka hingga Portugis menyerang dalam tahun 1511,Melaka
dapat ditewaskan dengan mudah.
VERSI 2
Sultan Alauddin Riayat Shah I telah memerintah Melaka selama 11 tahun.Baginda dikenali seorang Sultan yang beriman dan berjiwa rakyat.Semasa pemerintahannya, Baginda memiliki sebuah Istana Hinggap di Kg.Raja,Pagoh.Baginda telah meluangkan masa di Istana Hinggap untuk berfikir dan beribadat.Baginda telah membina sebuah masjid bersebelahan Istana Hinggap di Kg.Raja,Pagoh ini.
Semasa pemerintahan Baginda,institusi pemerintahan mula bergolak.Perebutan tahta mula terjadi dikalangan pembesar istana.Pembesar-pembesar istana cuba mempengaruhi baginda untuk jawatan dan kemuliaan dari istana.Baginda bersifat tidak memihak dan tidak boleh dipengaruhi.Jawatan 4 orang pembesar iaitu Bendahara,Penghulu Bendahara,Temenggong dan Laksamana mula diintai oleh pihak ketiga.
Baginda memberi sepenuh kepercayaan kepada Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah,Temenggong dan Penghulu Bendahara yang dilantik baginda.Campur tangan pihak ketiga mula menular ke golongan bangsawan.Raja tidak boleh dipengaruhi,4 pembesar utama tidak boleh dipengaruhi,tetapi golongan bangsawan dan putera-putera Raja boleh dipengaruhi.Rancangan Sulit diatur pengkhianat iaitu Si Kitol untuk menjadi Bendahara bagi menggantikan Bendahara Tun Perak.Fitnah berleluasa tentang Bendahara tetapi tidak berjaya mempengaruhi oleh Raja.
RANCANGAN SULIT DIATUR OLEH SI KITOL
- Fitnah kepada Bendahara.
- Rancangan Jawatan Istana kepada pembesar setelah "Si Kitol Berkuasa".
- Melucutkan jawatan Laksamana Hang Tuah dan digantikan rakan karibnya,seoarang pembesar.
- Golongan bangsawan diarah mempengaruhi putera Raja Pertama iaitu Putera Mahmud.
- Rancangan untuk membunuh Sultan Alauddin Riayat Shah I secara rahsia.
Rancangan sulit terakhir dilakukan.Pembunuhan Sultan Alauddin Riayat Shah I melalui racun makanan.Mereka-mereka berkomplot membunuh Sultan Alauddin Riayat Shah I dan menggantikan dengan Putera Mahmud.Terbunuhnya Sultan Alauddin Riayat Shah I,Bendahara Si Kitol mula berkuasa.Putera dilantik menjadi Raja,manakala 4 jawatan pembesar utama diganti baru.Mereka yang setia kepada Raja dibuang negeri.
No comments:
Post a Comment